Monday, 12 December 2016

Kisah Seram di LPT2 Dan Kawasan rehat Ajil

Sejak lebuh raya LPT2 di buka kepada orang ramai, sudah banyak kita dengar mengenai kes kemalangan maut yang berlaku. Setiap kemalangan pasti meragut nyawa itu yang menjadikan kisah di LPT2 ni menyedihkan. Tapi adakah kita ketahui apa yang sebenarnya berlaku di LPT2? Siapa yang tahu kisah sebenarnya di lebuh raya ini? Aku dengar² ada cerita hantu di LPT2 dan RNR Ajil ni. Betul ke?
Di sini aku ingin kongsikan sedikit info kisah seram kisah mistik yang berlaku di LPT2. Seorang pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan hantu ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.
Kawannya juga berkongsikan cerita hantu di LPT2 ni dan insiden seram itu berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Ajil di awal lebuh raya LPT2 berkenaan dibuka kepada orang ramai.
Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan yang membuatkan seluruh bulu roma badan saya menegak."
"Kejadian menakutkan ini berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.
Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi siulan hantu itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya. Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa. Ini menguatkan lagi teori beliau yang memang adanya unsur² gangguan hantu di sekitar kawasan LPT2 dan RNR Ajil.
Ahmad Aziz turut membuka satu lagi cerita hantu di LPT2 iaitu ketika dia bersama rakannya berhenti di RNR Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.
"Ketika di RNR Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing."
"Apabila rakannya tiba di rumah di Jerangau Barat, beliau keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya. Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan beliau si isteri sebenarnya masih berada di RNR Ajil."
"Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri kawannya itu sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.
Ahmad Aziz berkata, banyak yang memperkatakan tentang cerita hantu di LP2 dan RNR Ajil ni termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat. Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.
"Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan yang meragut nyawa," katanya sebagai penutup perbualan.
Kisah Lembaga Hitam Di Jalan Sempadan Ajil – Bukit Besi
Seorang penarik kereta atau "Call Man", Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.
Kisah seram yang sering diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri. Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.
"Antara cerita hantu yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi. "Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang sering berlaku kemalangan.
"Ada juga rakan saya yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas. "Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir," katanya.
Kubur Lama Dipindahkan Kaitan Cerita Hantu Di LPT2
Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun cerita hantu di LPT2 tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk di sekitar kawasan itu.
Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik  turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.
Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei lalu begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak, 44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.
Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT2 mempunyai kaitan dengan usur mistik ekoran adanya "seseorang" dalam sekeping gambar diambil oleh orang awam di lokasi kejadian.
Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil,71, cerita yang mana ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.
"Pakcik tidak pernah mengalaminya tetapi sering mendengar cerita yang sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.
"Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang  pekerja yang meninggal dunia kerana ada tragedi maut termasuk lah kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.
"Daripada cerita yang pakcik dengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas," ujarnya.
Begitulah diantara cerita hantu di LPT2 dan sekitar hentian RNR AJil yang telah di kongsikan oleh beberapa orang penduduk setempat. Selain daripada unsur mistik, menurut pengguna LPT2 faktor keadaan jalan yang beralun juga menjadi sumber kepada berlakunya kemalangan di LPT2 itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Hanya mereka yang telah terlibat di dalam kemalangan itu sahaja yang tahu. AL-Fatihah kepada semua mangsa di LPT2 yang telah terkorban.


Hospital Lama Kisah seram



                                                   

                                                                Hospital lama


Okey dh lama aku x post kisah seram aku ni.Biasalah sibuk dengan pelajaran kt sekolah.Okey ni aku nk kongsikan sebuah pengalaman aku dengan pak cik saudara aku.Pak cik saudara aku ni join satu group paranormal.Aku,pak cik dan kwn aku bercadang nk redah masuk hospital lama ni.Hospital ni aku x nak sebut kerana nanti x pasal pasal aku kena tangkap haha.Back to the story,malam tu kita orang kumpul dekat pintu masuk hospital tu.Sebelum bertolak aku dh siap siap Sembahyang tolak bala mana tahu ada apa apa jadi.Macam kisah piramlee.Pukul 10 tu semua dh kumpul,kita orang baca dulu doa selamat.Tepat kul 10.30 malam aku masuk.Bangunan tu boleh tahan besar.Tempat pertama yang kami lawat ialah bilik mayat.Sebelum nak pergi ke bilik mayat kita semua perlu redah beberapa blok sebelum sampai.
Bilik Mayat ni terletak kat belakang bukit betul menghadap.Apabila kita melangkah masuk bau yang sangat busuk seperti bau bangkai.pak cik aku usik aku dia cakap mungkin ada mayat tertinggal kot.Perh berderau darahk.X semena mena troli yang meletak yang guna utk letak mayat bergerak sendiri melanggar pintu.Kami bertiga berpandang sesama sendiri.Kawan aku cakap mungkin tikus kot.Kami suluh kat kearah troli x de apa apa pun.Kami mengambil beberapa keping gambar.Lepas tu,kami menuju ke lobi hospital.kami lihat terdapat kerusi roda yang ditinggalkan dan buku rekod lama lama.Tiba tiba kami menangkap satu bunyi,bunyi tersebut seperti bunyi orang mengerang kesakitan.Hati x sedap dh rasa bulu roma dh naik gila.Tiba tiba ada pulak idea bodo kwn aku suruh cari.Aku ni yang dh takut ni nak je balik tapi pak cik aku pulak nk cari juga.Kami jalan menyusuri koridor yang panjang dh menakutkan.Kami mencari cari bunyi tersebut.Cari punya cari rupa nya dari bilik bedah.Setahu saya bilik bedah banyak orang meninggal dunia.Kawan aku tolak pintu tu perlahan-lahan.Aku mengambil gambar utk tengok apabila balik nanti.Kami suluh setiap arah x de apa apa.Mungkin salah dengar.Sebaik sahaja kami nak melangkah keluar kami semua terpaku mendengar satu perkataan dh nak balik ke.hihi apa lagi x cukup tanah lari.

Sunday, 3 April 2016

CARA MENBUAT BUKU SCRAP (HARI Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail)

                        ISI kandungan                                                                                                                                                   
1.ASAL USUL NEGERI JOHOR                                                                                                                                                                              2.BENDERA JOHOR                                                                                                                                                                      3.JATA NEGERI JOHOR                                                                                                                                                                                          4.LAGU BANGSA JOHOR                                                                                                                                                                 5.SEJARAH KESULTANAN JOHOR MODEN                                                                                                                                  A.KERAJAAN JOHOR DI BAWAH PEMERINTAHAN DISNASTI TEMENGGUNG                                                                                                                                                                                                  1a.TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM                                                                                                       2a.  SULTAN ABU BAKAR                                                                                                                         3a. SULTAN ISMAIL                                                                                                                             4.SULTAN ISKANDAR                                                                                                                         5a. SULTAN IBRAHIM ISMAIL                                                                                        6a.LATAR BELAKANG DYMM SULTAN JOHOR IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR                                                                                                                                                             6.ADAT ISTIADAT                                                                                                                                                     1.ISTIADAT PELETAKAN KERJA - 16 MAC 2015                                                                                                                                         2.ISTIADAT TAHLIL DAN DOA SELAMAT -21 MAC 2015                                                                        3.ISTIADAT SIRAM TABAL - 21 MAC 2015                                                                                                                                                                                                                 4.ISTIADAT KEMAHKOTAAN - 23 MAC 2015                                                                                                                                5.MAJLIS SANTAPAN DIRAJA  - 23 MAC 2015                                                                                             6.ISTIADAT KURNIAN DARJAH PINGAT DIRAJA - 30 MAC 2015                                                                                                       7.GALERI                                                                                                                                                         - GAMBAR MAHKOTA KERAJAAN JOHOR                                                                                 - -GAMBAR PERMAISURI JOHOR                                                                                                   - GAMBAR ALAT ISTIADAT KEBESARAN          

teksi berhantu

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang. Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur. Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, "Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam