Sunday, 1 February 2015

kisah seram

Ada satu malam tu Abu nie terjaga.Dalam tak sedar,dia ternampak satu lembaga hitam merah macam hangit dok mencangkung kat kaki dia.Automatik kaki dia tersentak macam ditimpa sesuatu yang berat...Katil dia bergegar.Dia tak tau apa yang dia tendang tapi benda tu pendek dan body tegap.Kaki dia ternaik dan rasa macam kena tindih.Kadang2 di malam lain lak dia rasa sesuatu yang tak menyenangkan,bila benda tu nak mengacau...Tapi dia buat tak tau ja...

kisah seram

Admin guna nama ganti untuk nama yang sebenar...Citer ni jadi masa si siti dalam form 4.Kat satu sekolah berasrama penuh.Jadi kat kawan dia.Hostel pompuan ada 3.sit dok hostel tengah dan kawan dia,Sunny pi lepak bilik member dia kat hostel sebelah.Hostel nie dekat ngan hutan dan banyak kisah seramnya...Malam tu dekat tengah malam dahla,depa tidur ramai2 kat bawah.Sunny nie tak dapat nak tidur,kawan2 dia suma dah tidur.Dia pun berangan2la,harap2 dapat lelapkan mata.Pintu bilik time tu berkunci.Tiba2,Sunny terkejut sebab pintu tu tiba2 terbuka.Dia pun pelan2 tarik selimut tutup mata tapi still lagi menghendap apa yang masuk bilik depa.Bila pintu tu terbukak,dia ternampak hantu bungkus,macam mayat dikapanla.Benda tu melompat2 ke arah Sunny...Sunny terketar2 lam selimut.Dia sempat tengok hantu tu tengah tunduk.Dan...Jenguk dia!Tuhan saja yang tahu apa Sunny rasa masa tu!Dia terus pejam mata.Bila dah bukak mata,hari pun dah siang

kisah seram (tandas)

Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh 
di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..
Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..
Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..
Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..
Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..
Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,
tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenya tanpa menghiraukanku..
Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..
Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..
Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..
Aku memasuki bilik air seperti biasa..
bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..
Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..
Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..
Jadi,senang untuk ke tandas..
Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,
seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..
Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..
Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..
Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..
tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..
aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..
aku mengintai dari dinding ..
aku terkejut!!
YA ALLAH!!
Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..
bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku
yang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku..
aku lihat dia menggunakan baldi aku..
YA ALLAH!!
hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..
badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahu
aku terus lari ke dorm..
Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..
Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..
terasa ada benda mengelilingiku..
Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..
tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..
aku takut ia datang lagi..
pada 25hb Oktober 2011 pukul 8.47 ptg

Saturday, 31 January 2015

lapar x tahu nak masak apa

Kekadang Kita Bekerja Sampai Larut Malam,balik Rumah Malas Nak Masak,dari Dulu Mee Segera Maggi Memang Menjadi Pilihan Ramai.Buka Apa Senang dan Mudah,Disini Saya Ambil Beberapa Menu Yang di sediakan dalam Wen Maggi  #MAGGI ,Nampak Macam sedap je..Jom Kita Cuba.Perut Dah lapar ni.
MAGGI M2MN Kari & Asam Laksa
.

Kalau Nak Cuba Jom tengok Resipi Ini

1.Sediakan 2 Bungkus Mee Maggie Perisa Kari Atau Tom Yam
2.Telur 3.Sayur 4.Bebola Ikan.5.Bawang 6 Perencah  Maggi Secukup Rasa

Panaskan minyak,Tumiskan bawang,bebola ikan dan masukan maggi secukup Rasa,Stelah Naik bau wangi masukan air.

Kemudian,Basuh Kepingan Mee Segera Maggi,masukan Kedala air yang sudah mendidih,

Masukan Telur.Kemudian Campurkan Perencah Maggie.

Siap Boleh makanlah...arrrghh  Sebenarnya aku yang lapar ni.

legoland malaysia

Legoland terlatak di bandar nusajaya johor bahru.legoland mempunyai 3 bahagian iaitu water park,adventure part dan hotel legoland.Di water park ada gelongsor air bina raket,zoo water dan banyak lagi.Di,adventure park ada klcc lego,kl tower lego malah ada kereta api kecik bergerak dari klcc pergi mana mana lah.Ada rumah rumah di malaysia .lepas tu ada star wars ,dragon knight best ah.lepas tu ada macam taming sari.ada dinousor land ,tu anda kena sediakan baju lebih harga masuk rm195 ringgit untuk dewasa kanak kanak rm175.

solat 5 waktu

Hidup kita tidak sempurna jika kita tidak semahyang 5 waktu.solat lima watuk antaranya solat subuh,zhor,asar,mahbrib,dan isyak.

Friday, 30 January 2015

aku seorang melayu

Kita  seorang  melayu  mesti  berusaha  ke  arah  kemajuan .kita  mestilah  buktikan  bawaha  kita  boleh  bersaing  di  ekonomi  dunia.melayu sebuah  bangsa  yang  penuh sopan  satun  dan kebudayaan yang menarik

kisah seram hantu gigi berdarah

Hantu Gigi Berdarah:Cerita nie terjadi pada kawan saya bernama siti...Kejadian ni terjadi di blik asrama di sebuah maktab perguruan di Terengganu.Masa tu dalam pukul 2 pagi.Siti baru lepas prep tengah malam,dia rasa nak terkucil,so diabpun pi la ke bilik air yang tak jauh dari bilik dia.Masa tu,roommate dia dah lama tidur...Pastu,Siti pun terfikirla,alang2 dah pi toilet,baik dia pi basuh muka dan gosok gigi sekali.Dia pun pi toilet.Basuh muka dan gosok gigi.Masa tengah berkumur2,dia te...rnampak ada orang tengah gosok gigi jugak kat belakang dia.Tapi,bunyi orang tu gosok gigi pelik sikit,berkeriut2!Dah rasa pelik,Siti pun pandangla cermin depan dia.Sebab leh tengook apa orang kat belakang tu tengah buat...Alangkah terkejutnya Siti!Tau tak pa dia nampak???Pompuan belakang dia tu tengah gosok gigi guna pisau!Darah meleleh2 kat mulut pompuan tu!Apalagi,dia terus cabutla.Masa tengah lari tu,dia terjumpa ngan kawan bilik sebelah dia.Dalam keadaan termengah ketakutan,dia pun citerla hal tadi kat si kawan tu.Dia mintak kawan dia temankan dia balik bilik.Kawan dia jalan depan dia.Masa naik tangga,Siti ni sibuk dok citer lagi hal tadi."Kau tau tak,mulut dia berdarah2,tak sanggup aku tengok!".Kawan yang kat depan tu tiba2 bersuara,"Yer ker mulut dia berdarah2?",tanpa berpaling pada Siti."A,aa...Aku tak tipula...".Tiba2,kawan dia tu berpaling ke belakang,pandang tepat pada Siti dengan mulut berlumuran darah dan sebilah pisau ada kat gigi dia,sambil tersenyum dan berkata,"Berdarah macam ni ka?!?!...".Buat kali kedua,Siti bertambah terkujat.Dah tak mampu nak jerit,terus cabut,tiba2 jatuh berdebuk dan pengsan.Esok paginya,kawan2 dia terjumpa dia,baju dia penuh ngan darah tapi dia langsung tak luka.Cuba teka,darah sapa agaknya???Hu2

Monday, 12 January 2015

lawatan bengkel

kejadia ni jadi masa tahun 2014.. time tu aku form1... nak dijadikan cita, waktu cuti sek, SMK TAMAN PELANGI INDAH  ada buat bengkel 3 hari 2 mlm, jd aq join la ngan membe2 aq...
malam first ok xdak apa, kami dok melepak di foyer kt satu bangunan nie sembang2...tp kejadian ni jadi pd malam kedua... masa 2 kami ada bengkel kul 8-10 mlm... kelas pasal microb, masa tu penyaki SARS baru merebak.. masa balik bengkel, kitorang lalu depan dewan tu syed putra (DTSP)... masa d sana la member aq kena... waktu tu aku jalan bertiga ngan membe aq, masa lalu depan dewan tuh, kami dok sembang rilek aja..
tp masa sembang tu, aq tgk muka membe aq sorang nih pucat tiba2, n dia plak sound aq suh jalan laju sket... aku pun maleh la ikut la dia, tp membe kami sorang lagi nie, jalan pnyla slow...
membe aq yg muka pucat tu pun dok menjerit pnggl dia... tp membe aq nie buat xtaw ja terus jln slow... lepas tu membe aq sorang lagi ni tarik dia, pas tu blah cepat2 dr situ... aku heran, aku x dgr apa, n x rasa seremmm apa2...
sampai kt foyer, baru membe aq bukak citerr yg dia dgr bunyi org mengilai... bunyi slow, n jauh... dia kata kalau bunyi slow n jauh maka benda tu dekat ngan kita.... AHH SUDAHHHH
then masa kami cuba tenangkan diri kami dek kejadia itu, tiba2 lagi 3 org membe aq plak sampai... act 2 membe satu sekolah ngan aq, 1 lagi budak sek agama...
sampai2 muka diorang pun pucat gak.. tny2 diorang pun alami benda yg sama... mula ingkan dak2 senior USM yg sakat kami, tp baru tringat, TIME TU CUTI SEMESTER.....
apa2 pun, kami x nampak apa2, n aq x dgr apa2...

hari pertama sekolah

Hari pertama sekolah sungguh menyeronokan.Tetapi selaku pengawas kena jadi fasi kat budak form 1 dan kena dengar ceramah free dari pengetua.selaku fasi saya kena ajar menyanyi lagu sekolah displin pelajar macam jadi guru pulak.

Friday, 9 January 2015

apa benda tu?part 4

Deru angin masih ligat menyapa rongga-rongga badanku dan aku dapat mendengar suara tawa berdekah-dekah dibelakang."Bila nak sampai ni!"getus hatiku,aku merasakan lorong laluan pokok getah itu terlalu panjang dan tiada penghujungnya.Kayuh punya kayuh sampai juga aku ke hujung lorong.Tetapi hatinya masih tidak tenang selagi belum sampai ke rumah.Suara dekahan tadi masih kedengaran walaupun telah jauh ditinggal di dalam kawasan pokok getah.
Lagi sekali perut Zahar kecut apabila namaku dilaung lagi,"fierdaus!fierdaus!!"Pada masa itu aku terlihat satu benda putih menunggunya di hujung jambatan kecil.Dengan nekad dia terus menggayuh luju basikal tanpa mengendahkan makhluk itu dan akhirnya sampai ke rumah.
Dengan secepat mungkin dia mengetuk pintu dan meneriak nama abah dan emak dengan sekuat hati agar membuka pintu dengan segera. abahku terus membuka pintu dan apabila melihat aku dalam keadaan yang mencemaskan,abah terus bertanya.Lidah aku masih kelu untuk menjawab pertanyaan abahku,lantas aku meluru ke bilik dan membaringkan diri di atas katil.Dalam fikirannya masih terbayang-bayang semua peristiwa yang berlaku sebentar tadi.
Tiba-tiba aku dikejutkan dari lamunan setelah pintu diketuk bertalu-talu.Selepas pintu dibuka oleh abahku,terdengarlah bunyi bebelan emaknya."Mana anak jantan bertuah awak tu?Awak tau tak masa saya balik dari surau tadi saya tunggu budak Zahar kat jambatan,bila dia nampak saya kat jambatan terus pecut laju,saya panggil pun buat tak endah jer.Apa dia ingat saya ni tunggul ker?"
yang dlihat ats jambatan tadi adalah emakku yang memakai telekung putih.tapi apa benda yang menumpang basikal ku tadi.

apa benda tu? part 3

Bermacam-macam perasaan dirasai,nak menjerit,nak menangis,nak terkencing..hanya tuhan yang tahu perasaanya masa itu."fierdaus .fierdaus  tolongla saya.."bertalu-talu suara itu memangil seolah-olah meminta simpati darinya.
Badan aku semakin seram sejuk mendengar suara itu.Dia amat kenal akan empunya suara tersebut dan dirasakan seolah-olah suara itu akan datang mencabut nyawaku sebentar lagi.Angin masih menggila,tanpa berlengah-lengah aku memecut basikalnya selaju mungkin,tanpa mengira akar-akar atau tunggul kayu yang akan dilanggar.Dia ingin meninggalkan kawasan kebun getah itu secepat mungkin agar tiada bencana menimpa.
Tiba-tiba basikal meluncur tidak selaju tadi dan semakin perlahan,ini membuatkan aku cemas.aku dapat merasakan basikal semakin berat,seolah-olah menanggung beban lebih dari badannya.Padahal seingatnya,cuma lampu gasolin yang tersangkut di handle basikal,takkanla seberat itu.Peluh jantan aku mengalir mencurah-curah.
aku ketakutan hingga berdiri bulu roma.Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang,"Kenapa menggeletar ni fierdaus?Sejuk ke?"Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan hilai tawa dan satu pautan kemas di belakang bahu kiriku.
aku mahu menjerit namun lidahnya tersa kelu.Dikuatkan semangat yang ada dia menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu benda bertenggek dibelakang.aku tidak dapat mengecam kerana benda itu berwarna putih kekuningan dan wajahnya tidak jelas kelihatan.Dengan segera Aku menepis tangan yang tersangkut dibahuku  dan dengan kekuatan yang ada aku mengayuh basikal selaju mungkin.

apa benda tu?part 2

cahaya bulan yang tadinya terlindung di balik awan mula menyinari satu kawasan keramat di kampung itu,tak lain dan tak bukan kawasan Perkuburan Kampung Rawa.
aku teringatkan cerita arwah atuk,kata atuk jika anjing melolong di tengah malam mungkin dia telah melihat makhluk halus melintas di hadapannya.Ceh,mana ada macam tu,karut jer cerita atuk dulu.Bisik hati aku  sendirian setelah sedar dari lamunan.
PRAKK..bunyi ranting kayu yang berlanggar setelah ditiup angin bisa men'suspen'kan sesiapa saja yang mendengarnya pada waktu-waktu begini.aku kembali mengelamun semula,kali ini aku teringatkan arwah Milah,Milah yang semasa hayatnya seorang perawan yang sempurna dari segi tingkah laku dan susuk tubuh.Tak hairanlah dia menjadi kegilaan ramai teruna di kampung itu.Hingga ada yang sanggup mengintai di balik pokok getah untuk melihat lenggang lenggok Milah semasa melintas denai di kawasan kebun getah itu.
Begitulah yang berlaku semasa hayat Milah sehinggalah dia ditemui mati pada satu Maghrib semasa ingin pulang ke rumah.Punca kematian masih menjadi tanda tanya,ada yang mengatakan Milah mati dibunuh setelah diperkosa dan ada pula yang mengatakan Milah mati terkejut setelah disampuk jin tanah pada waktu Mahgrib dalam kebun getah tersebut.Semuanya menjadi misteri yang sukar disingkap,hanya pokok-pokok getah menjadi saksi.
aku kembali sedar dari lamunan setelah angin kuat tadi membuatkan basikal yang ditunggang hampir jatuh ke tanah.Angin pada malam itu agak kencang,membuatkan aku merasa pelik..Kebiasaannya angin kuat hanya sekejap-sekejap atau pada waktu hujan lebat dan ribut.Tapi malam ini agak berbeza situasinya.
Dalam leka aku memikirkan angin itu AKU terdengar satu suara memanggil-manggil namaku. 

Thursday, 8 January 2015

apa benda tu? part 1

kisah ini berlaku masa aku balik raya tahun lepas,Pda senja itu aku bru sja mnutup warung kopi milik atuk.pda malam itu atuk, telah mengamanah aku untuk menutup kedai sebelum dia pulang ke rumah petang tadi kerana berasa tidak sedap badan.
Hujan turun renyai-renyai sejak Maghrib tadi.Kini menginjak jam 12 tengah malam pelanggan akhir beransur pulang termasuklah Mail sahabatku itu.Sebelum pulang Mail sempat menceritakan satu peristiwa aneh yang berlaku dalam kampung ku.Cerita tersebut berkenaan tentang mayat Milah yang meninggal 2 minggu lepas,telah bangkit dari kubur.Meremang bulu roma akumendengar cerita itu.
SRRRRRRRRRUUUUUURRRRRR..bunyi deruan angin di tengah malam menyebabkan aku berasa seram sejuk.Tanpa membuang masa aku
 mencapai basikal tua kepunyaan bapa dan mengayuh meninggalkan warung tempat keluarganya mencari rezeki itu.
Malam semakin larut dan suasana semakin sepi.yang kedengaran hanyalah bunyi lolongan anjing sayup-sayup dan bunyi kayuhan pedal basikal tuanya.Daun-daun pokok bergesaran sesama sendiri di tiup angin malam dan aku mula teringatkan cerita mail sebentar tadi.Kreok-kreakkk,basikal aku meluncur memasuki kawasan kebun getah.
Suasana di kebun getah amat gelap sekali tetapi mujurlah aku membawa lampu gasolin yang diambil dari warung tadi,dapatlah menerangi jalan walaupun cahayanya agak malap.Pada waktu sebegini kebanyakkan penduduk kampung telah lena dibuai mimpi namun ada juga segelintir dari mereka yang masih berjaga lewat malam untuk menonoton Wrestling yang disiarkan di TV bermula jam 11.30 tadi.Namun aku masih mengayuh basikal di tengah-tengah malam meredah kegelapan,angin malam semakin menusuk ke tulang dan Zahar mengerekot sedikit mnahan kesejukn.
Nun di kjauhan lolongan anjing brsahut-sahut seolah-olah menyambut pesta d malam hari..

Wednesday, 7 January 2015

sekolah abah ku

Kisah ini berlaku pada tahun 1985-1990,cerita abah aku cerita dia dulu sekolah arab di terengganu.Abah aku budak yang rajin dan belajar sampai lewat malam.Abah dan kawan dia selalu belajar sampai lewat malam.Diorang selalu terdengar bunyi kereta api kat belakang sekolah tetapi laluan tu ditutup semenjak zaman jepun lagi.pernah sekali kawan abah dan abah nak gi surau untuk solat hajat,diorang kena lalu kawasan kereta api,tiba tiba diorang dengar ada kereta api langgar orang british.apa lagi cabut lah.

rumah sewa

Aq ad kisah yg agak seram la waktu aq still study kat UITM. Mula2 aq tggal kat rumah teres bdak2 U kt shah alam ( biasa lh rumah orang bujang, rmai skit).. Lama kelamaan, aq rasa rimas bila tggal d stue kerana terlalu ramai org. Kira2 12 @ 13 org. Aq pun xingat sgt.. Aq pun pndh kt satu flat di KL yg bru siap.Harganya pun murah. Lbih kurang 250 ringgit sebulan.. Aq tggal kat sana sorang diri je.. Aq dh twr kpd bbrapa kawn rpt aq tggal skali. Tp dy mnolak sbb jauh ngan U. Malam tu, aq tgk tv sorang2 kat luar. Tiba2 aq trdgr ad org mengetuk pntu rumah aq. Dy mengetuk tak henti2. Aq pun, apa lg. Trus bgun dan membuka pntu. Tetapi anehnya, tiada siapa pun berada di luar. Aq pun menutup pntu dan smbung tgk tv balik. Xsmpai sminit aq duduk,tiba2 ad org mengetuk pintu rmah aq lg. Aq pun rasa pelik lh. Aq bka pntu prlhan2 dan mengintai2 kt luar. TIADA ORANG! Aq pun tutup pntu dan masuk ke blik. Skali lg bunyi ketukan ! Kali ni aq buka pntu laju2 dan melihat siapa yg mgetuk pntu td. Tiba2..."Hah!tau pun takut. kiteorang dtg nie nk temankan ko buat beberapa hari.ko xtkut ke tggal sesorang cm nie?" rupa2nya yg mengetuk pntu td ialah kawan2 aq. Terkejut aq dbuatnye. Aq pun hdangkan mereka mnuman. Kami berborak pnjg mlm tu. Tiba2, kata kata aq trhenti apbila trdgr bunyi ketukan pintu. 2 org kawan aq pun trgamam. "eh,kau ad bwa kawan ke?" kawan A tnya pd kawan b.. Aq pun membuka pntu dan melihat tiada sesiapa. Kawan a aq kata,mgkin jiran aku kot yg ketuk. Aq pun ke rumah sbelah. Aq mengetuk pntu rumahnya. Seorang perempuan yg brumur 40 an keluar. Kami brtanya adakah dy yg mengetuk pntu rumah aku. Tp dy hnya jawab "tak" dan segera menutup pntu. "jd siapa yg mengetuk pntu rmah aku?" tiba2 ketukan pintu rmah aq trdgr lg wlaupun kami sdah berada d luar rumah. Kmi membuka lgkh sribu dan cpat2 turun k bwh. Guard d stu mnhan kami dan bertanya pd kmi yg trmengah2 itu. Kami menceritakan sgalanya. Slpas kami brithu, guard itu pun beritahu kami yg kt tgkat itu aku seorang je yg menyewanya.. Kami trdiam krana trkejut. Guard itu brtnya adakah aq telah azan d apabila pertama kali masuk ke rumah itu? "tak"jwbku perlahan. Guard itu menasihati aq apabila pertama kali masuk ke rumah baru,kita mesti azan. Rupanya ini trjd kerna kesilapan ku. Kami pun naik brsama dan segera azan . Alhamdulillah. Bunyi ketukan misteri itu sudah tiada. Walaupun sdah aman, tp aq ttap brpndah k rumah bapa saudara aq d hulu langat

lembaga putih di tepi pantai

Wow, seminggu kita cuti ni! Seronok betul. Ada sesiapa boleh bagi idea apa kita nak buat cuti nanti?" tanya Zul kepada dua sahabatnya, Adly dan Iman.

"Apa kata kita pergi memancing. Kita boleh memancing kat kolam, sungai ataupun tepi laut. Cuti seminggu ni, banyaklah tempat kita boleh pergi," kata Adly.
Bersinar sinar mata sahabat sahabatnya apabila membayangkan activiti activiti mereka nanti. Sememangnya ketiga tiga sahabat ini kaki pancing. Kali ini mereka memilih untuk memancing ditepi laut dahulu sebelum ketempat tempat lain lagi. Mereka bercadang bermalam disana sekali. Kawasan yang dipilih jauh dari tempat tinggal orang ramai dan jauh dari bunyi bising dan tiada gangguan.
Perjalanan mereka bermula kira kira pukul 2.00 petang kerana masing masing ada hal untuk diselesaikan pada pagi itu. Mereka menyanyi-nyanyi riang sambil menikmati kehijauan alam dikiri kanan jalan. Entah mengapa tiba tiba sahaja Adly berpeluh apabila kereta mereka yang mereka naiki melalui kawasan perkuburan islam yang agak lama dilereng bukit. Badannya terasa panas tiba tiba. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tenteram rasa dihatinya. Namun dibukukan rasa hatinya daripada pengetahuan sahabat sahabatnya. Bimbang nanti diketawakan mereka.
"Eh panaslah. Boleh kau pasang aircond tu kuat sikit tak?" kata Adly pada zul yang duduk disebelah tempat pemandu. Terkebil kebil Zul melihat Adly yang tiba tiba sahaja naik angin tak tentu pasal. Pelik. Penghawa dingin yang dipasang ini pun sedah cukup kuat. Tambahan pulak, cuaca diluar mendung sahaja. Tak terasa pulak panasnya. Namun, diturutkan sahaja permintaan Adly itu.
Sesampai sahaja mereka ditempat yang dituju, masing masing sibuk mengeluarkan peralatan khemah, bahan makanan dan jugak peralatan memenacing mereka. Setelah selesai memasang khemah dan mengumpul ranting kayu untuk dibuat unggun api, masing masing melepaskan lelah sambil menikmati angin petang.
Tiba tiba Adly bersuara,"Zul, Iman, aku rasa tak sedap hatilah. Jom kita balik. Lagipun, tempat ni, menyeramkanlah."
"Ish kau ni! Belum ada apa apa lagi kau dah takut, hah hah hah. Relaxlah, tenpat nie ok je. aku dah survey dulu dah sebelum datang sini," sahut Iman sambil mentertawakan Adly. Mendengar pangakuan sahabatnya itu, Adly berasa sedikit tenang.
Ketiga tiga sahabat ini begitu asyik memancing sehingga tidak sedar hari sudah jauh malam. Sedang asyik memancing, tiba tiba satu lembaga putih melayang didepan Iman. Kecut perut Iman bila terpandangkan lembaga tersebut. Ditoleh kiri dan kanan melihat Zul dan Adly. Masing masing masih leka dengan pancing mereka.
"Tak ada apa apa kot. Dia orang tu relax je. Kalau betul pun 'benda' tu, takkan diaorang tak nampak kot. Bukan jauh sangat tenpat aku dengan dia orang. Lagipun malulah aku kalau aku mengadu dekat dia orang," bisik Iman menyedapkan hati sendiri.
Sekali lagi Iman dikejutkan dengan lintasan lembaga putih didepannya. Kali ini, Iman dapat lihat dengan jelas muka lembaga tersebut. Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya melihat wajah lembaga yang mengilai dihadapannya. Matanya merah dengan gigi taring berlumuran darah jelas merenung Iman bagaikan menghadap makanan yang lazat.
Antara takut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Iman menggosok gosok matanya. Ditoleh ke kiri, didapati Adly sudah tiada. Ditoleh ke kanan, Zul juga dah tiada. Kali ini, Iman betul betuk takut. Tanpa membuang masa, Iman menarik tali pancingnya dan mula menghayun langkah pulang ke khemah mereka.
Terasa berat kakinya melangkah. Peluh sudah mula membasahi bajunya. Segala ayat suci Al-Quran yang dihafalnya semua hilang entah kemana. Dengan penuh susah payah, Iman menguatkan semangat dan berlari sekuat kuat hatinya. Sampai sahaja ditenpat khemah, didapati Zul dan Adly sudah pun menunggunya. Tanpa membuang masa, terus sahaja mereka pulang. Keluar sahaja dari kawasan sunyi tersebut, Iman mula bersuara, " Kau orang nampak apa yang aku nampak?"
"Nampak. Mula mula tu, aku nak cakap kat kau, tapi tengok macam tak ada apa apa je, aku pun relax je la. Tapi, bila dua kali lalu depan aku, terus aku nak ajak kau, tapi aku tengok korang berdua dah tak ada. Terus aku cabut. Sampai aja kat khemah, aku nampak Adly dah ada kat situ tengah kemas barang. Aku terus tolong dia kemas."
"A'ah, baru je habis kemas, tengok kau dah sampai. Ish nasib baik tak ada apa apa jadi pada kita ni. Itulah lain kali, jangan cakap besar. Tengok apa dah jadi. Lain kali, aku tak nak lagi memancing kat tempat tempat macam tu," sahut Adly yang sedari tadi mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Zul. 

air terjun kota tinggi

Kami sekeluarga dan saudara mara kami berangkat dari jb ke air terjun kota tinggi kerana ia majlis berkumpul.kami semua bertolak pukul 8 pagi.Ayah kami memakai kereta lambo,saudara kami memakai jagurd.perjalanan memgambil masa 1 jam.kami semua x singgah kat bandar kota sebab x de apa,kami terus ke chalet yang mak saya book.semasa naik ke air terjun kereta terasa berat ,walaupun ayah pakai gear rendah.selepas masuk gate air terjun ia terasa sangat ringan.ayah hairan.kami pun apa lagi mandi ah.selepas mandi kami pun makan malam bersama sama .kami dan saudara pun berbual-bual.kami pun masuk tidur Tiba-tiba saya terdengar bunyi macam monyet tapi lebih garau,saya pun masuk tidur.Pada kesokkan hari nya,kami makan sarapan pagi bersama -sama.saya sempat bertanya kat abang kerja kat sana ,ada monyet kat sini ke bang,dia menjawab mana ada yang ada mawas.saya pun meminta diri.Semasa kami hendak pulang ke jb saya melihat ada seekor mawas besar,cepat cepat saya tidur.

Tuesday, 6 January 2015

MH370 dimanakah dikau

Dalam Kedinginan Malam,
Dengan Sayu Hati Kau Pergi,
Sambil Melambai Bumi Bertuah Ini,
Untuk Bermusafir Dibumi Asing,

#MH370,Diperutmu Penuh Kandungan,
Yang Kau Bawa Bersama Amanah,
Amanah Waris Jua Amanah Pertiwi,
Tika Kami Masih Bermimpi,
Kenapa Kau Terus Menghilangkan Diri...

Dimanakah Kau Kini?
Kami Merindui Mu...
Kami Tercari - Cari Akan Dirimu,
Janganlah Kau Terus Begini,
Mengusarkan Naluri Kami...,

#MH370,
Kepada Allah Kami Berdoa,
YA Allah,Kembalikan Dia Kepada Kami,
Temukan Kami Kembali Dengannya,
Seperti Kami Mula Tertanam Rindu,
Di Dingin Pagi Itu,

YA Allah, Dilangit Atau Di Bumi,
Di Lautan Jua,Kaulah Maha Berkuasa,
Kami Hambamu Merayu Kembalilah #MH370
Kepada Kami Yang Telah Kau Uji Dengan Kesabaran
Kembalilah #MH370 Dan Wargamu
Tenangkanlah Dan Damaikanlah Jiwa-jiwa
Suami,Isteri,bapa,ibu Dan anak
Hanya Kepadamu jami berserah.


Saturday, 3 January 2015

banglo seksyen 2

NSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.
Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.
Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.
Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.
Insiden
Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.
Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.
Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.
Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.
“Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.
Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.
Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud

Sehari di johor premier oulet

Pada minggu lepas,saya sekeluarga pergi ke jpo jalan jalan cari makan.Kami bertolak daripada rumah jam 10 pagi.kami bercadang untuk makan je.Selepas makan gi jalan sekeliling jpo.kami berbeli minyak wangi,coklat,dan jam tangan bernilai rm 5k.kami pun gi makan tengah hari dekat food court.semua benda kat jpo mahal.saya sarankan anda bawak duit lebih.

misteri tingkat dua

Pada tahun 1997 ialah tahun kegawatan eonomi malaysia.Cerita ini saya dengar daripada kawan abah saya bernama adil yang kerja di bank mbf.Malam tu dia dia balik lewat sebab hendak siapkan kerja dia.Kawan-kawan dia pesan  jangan balik lewat sangat.dan jangan gunakan tandas dekat tingkat dua sebab tempat keras selalu nampak kelibat pocong.Semasa dia menyiapkan kerja tu,seorang kawan dia menamankan dia.Tiba-tiba adil sakit perut .Office dia kebetulan tingkat dua tempat orang sering nampak pocong.Dia suruh kawan dia teman ke tandas.Semasa dia di tandas ,dia terdengar ada orang pam tandas kat sebelah dia ,dia ingat tu kawan dia lepas tu dia jerit lah "woi sakit perut ke".Tiba-tiba dia teringat kat pak cik guard yang jangan guna tandas tingkat dua.Tiba-tiba mendengar suara orang menyilah.Apa lagi dia pakai seluar basuh tangan terus pecut lah.Masa dalam perjalanan balik pak cik tu bertanya "kenapa gunakan tandas tingkat dua ke"adil pun bertanya "macam mana pak cik tahu"ooo pak cik menjawab "ada lembaga putih ikut kamu dari belakang"Pak cik tu bercerita dulu ada perempuan kena bunuh dekat tandas tu.tersentak adil .Pak cik tu bagi tahu"dah gi balik lepas mandi ambik air wuduk sembahyang"adil pun balik .Pada kesokan harinya,dia menanyakan kawan dia semalam yang teman kan dia .Kawan dia cakap dia "semalam aku balik  awal"naik bulu roma adil.

Thursday, 1 January 2015

JALAN KARAK LAMA

Abah mengeluh"lama lagi baru nak sampai kuala lumpur"Kami sekeluarga dalam perjalanan ke dungun,Terengganu.Adik saudara kami menlansungkan perkahwinan di kampung kami Pasir raja,dungun,Terengganu.kami sekeluarga bercadang hendak tinggal satu malam memandang abah sudah letih.Tiba-tiba abah menerima panggilan bahawa ada perkerja mengalami kercedaraan serius.Abah pun menyuruh kami bersiap untuk sebahyang mabrib.Lepas isyak,kami sekeluarga bertolak meninggalkan kampung kami tepat jam pukul 9.30 malam.Dalam perjalanan,saya dan abang saya dan adik perempuan saya tidur.Manakala ibu kami sedang mendodoi adik kami yang berumur 3 bulan."ada kemalangan di hadapan  kesesakan teruk ni aduhai"kami semua dibangunkan oleh abah.Satu jam kemudian ,kami sekeluarga sampai di satu simpang.Kiri ke karak lama kanan ke kuala lumpur.Abang kami mencadangkan abah mengunakan jalan karak lama.kami sekeluarga tersentak apabila mendengar cadangan abang.Abah menerima candangan tersebut.kami pun belok ke simpang tersebut.Setelah setengah jam berlalu,hujan turun dengan lebat sekali.Abah pandu dengan cermat sekali.Tiba-tiba kereta abah terasa berat,mengaum kereta abah.Kereta abah tersadai di tepi jalan.Oleh kerana kereta rosak abah berhasrat tidak meneruskan perjalanan. Kami sekeluarga pun keluarga daripada kereta.Dengan membekalkan 3 payung kami sekeluarga jalan mencari tempat teduh.tiba-tiba kami ternampak susuk tubuh hitam pekat dengan mata kemerahan  berada di belakang kami kami semua mempercepatkan langkah tetapi makhluk tersebut langkah dengan perlahan kerana langkahnya  yang besar.  Hampir 10 minit kami berjalan,kami ternampak sebuah rumah.Setelah sampai,kami pun memberi salam,seorang pak cik keluar daripada muka pintu.penampilan seperti orang yang baik,mukanya berseri,pakaian dia putih."kami sekeluarga hendak tumpang satu malam"jawab abah Pak cik tersebut mempelawa kami masuk ke dalam rumah.Pak cik tersebut tinggal berseorangan.Lalu,pak cik tersebut pergi ke dapur untuk memasak air panas untuk memandikan adik kami.Abang kami bertanya,pak cik x takut ke duduk sini seorang seorang.Jawapan pak cik tersebut telah mengejutkan kami,syaitan ,jin ,manusia semua ialah makhluk allah.Setelah memandikan adik,mak dan kami sekeluarga pun masuk tidur.Semasa kami semua sedang nyenyak tidur,adik perempuan menyatakan bawa terdengak punya pinggan pecah lalu x menpedulikan benda tersebut.Pagi tersebut kami sekeluarga terkejut apabila rumah yang kami tidur merupakan sebuah pondok usang,manakala tilam kamu adalah daun kering.kami sekeluarga bergegas menuju ke kereta abah.Pelik kereta abah tidak mengalami kerosakan.kami pun menuju ke kuala lumpur.Kawan abah menceritakan bahawa pak tersebut adalah jin islam kerana kawan abah pun mengalami peristiwa tersebut