Deru angin masih ligat menyapa rongga-rongga badanku dan aku dapat mendengar suara tawa berdekah-dekah dibelakang."Bila nak sampai ni!"getus hatiku,aku merasakan lorong laluan pokok getah itu terlalu panjang dan tiada penghujungnya.Kayuh punya kayuh sampai juga aku ke hujung lorong.Tetapi hatinya masih tidak tenang selagi belum sampai ke rumah.Suara dekahan tadi masih kedengaran walaupun telah jauh ditinggal di dalam kawasan pokok getah.
Lagi sekali perut Zahar kecut apabila namaku dilaung lagi,"fierdaus!fierdaus!!"Pada masa itu aku terlihat satu benda putih menunggunya di hujung jambatan kecil.Dengan nekad dia terus menggayuh luju basikal tanpa mengendahkan makhluk itu dan akhirnya sampai ke rumah.
Dengan secepat mungkin dia mengetuk pintu dan meneriak nama abah dan emak dengan sekuat hati agar membuka pintu dengan segera. abahku terus membuka pintu dan apabila melihat aku dalam keadaan yang mencemaskan,abah terus bertanya.Lidah aku masih kelu untuk menjawab pertanyaan abahku,lantas aku meluru ke bilik dan membaringkan diri di atas katil.Dalam fikirannya masih terbayang-bayang semua peristiwa yang berlaku sebentar tadi.
Tiba-tiba aku dikejutkan dari lamunan setelah pintu diketuk bertalu-talu.Selepas pintu dibuka oleh abahku,terdengarlah bunyi bebelan emaknya."Mana anak jantan bertuah awak tu?Awak tau tak masa saya balik dari surau tadi saya tunggu budak Zahar kat jambatan,bila dia nampak saya kat jambatan terus pecut laju,saya panggil pun buat tak endah jer.Apa dia ingat saya ni tunggul ker?"
yang dlihat ats jambatan tadi adalah emakku yang memakai telekung putih.tapi apa benda yang menumpang basikal ku tadi.
No comments:
Post a Comment