Thursday, 8 January 2015

apa benda tu? part 1

kisah ini berlaku masa aku balik raya tahun lepas,Pda senja itu aku bru sja mnutup warung kopi milik atuk.pda malam itu atuk, telah mengamanah aku untuk menutup kedai sebelum dia pulang ke rumah petang tadi kerana berasa tidak sedap badan.
Hujan turun renyai-renyai sejak Maghrib tadi.Kini menginjak jam 12 tengah malam pelanggan akhir beransur pulang termasuklah Mail sahabatku itu.Sebelum pulang Mail sempat menceritakan satu peristiwa aneh yang berlaku dalam kampung ku.Cerita tersebut berkenaan tentang mayat Milah yang meninggal 2 minggu lepas,telah bangkit dari kubur.Meremang bulu roma akumendengar cerita itu.
SRRRRRRRRRUUUUUURRRRRR..bunyi deruan angin di tengah malam menyebabkan aku berasa seram sejuk.Tanpa membuang masa aku
 mencapai basikal tua kepunyaan bapa dan mengayuh meninggalkan warung tempat keluarganya mencari rezeki itu.
Malam semakin larut dan suasana semakin sepi.yang kedengaran hanyalah bunyi lolongan anjing sayup-sayup dan bunyi kayuhan pedal basikal tuanya.Daun-daun pokok bergesaran sesama sendiri di tiup angin malam dan aku mula teringatkan cerita mail sebentar tadi.Kreok-kreakkk,basikal aku meluncur memasuki kawasan kebun getah.
Suasana di kebun getah amat gelap sekali tetapi mujurlah aku membawa lampu gasolin yang diambil dari warung tadi,dapatlah menerangi jalan walaupun cahayanya agak malap.Pada waktu sebegini kebanyakkan penduduk kampung telah lena dibuai mimpi namun ada juga segelintir dari mereka yang masih berjaga lewat malam untuk menonoton Wrestling yang disiarkan di TV bermula jam 11.30 tadi.Namun aku masih mengayuh basikal di tengah-tengah malam meredah kegelapan,angin malam semakin menusuk ke tulang dan Zahar mengerekot sedikit mnahan kesejukn.
Nun di kjauhan lolongan anjing brsahut-sahut seolah-olah menyambut pesta d malam hari..

No comments:

Post a Comment