Friday, 9 January 2015

apa benda tu?part 2

cahaya bulan yang tadinya terlindung di balik awan mula menyinari satu kawasan keramat di kampung itu,tak lain dan tak bukan kawasan Perkuburan Kampung Rawa.
aku teringatkan cerita arwah atuk,kata atuk jika anjing melolong di tengah malam mungkin dia telah melihat makhluk halus melintas di hadapannya.Ceh,mana ada macam tu,karut jer cerita atuk dulu.Bisik hati aku  sendirian setelah sedar dari lamunan.
PRAKK..bunyi ranting kayu yang berlanggar setelah ditiup angin bisa men'suspen'kan sesiapa saja yang mendengarnya pada waktu-waktu begini.aku kembali mengelamun semula,kali ini aku teringatkan arwah Milah,Milah yang semasa hayatnya seorang perawan yang sempurna dari segi tingkah laku dan susuk tubuh.Tak hairanlah dia menjadi kegilaan ramai teruna di kampung itu.Hingga ada yang sanggup mengintai di balik pokok getah untuk melihat lenggang lenggok Milah semasa melintas denai di kawasan kebun getah itu.
Begitulah yang berlaku semasa hayat Milah sehinggalah dia ditemui mati pada satu Maghrib semasa ingin pulang ke rumah.Punca kematian masih menjadi tanda tanya,ada yang mengatakan Milah mati dibunuh setelah diperkosa dan ada pula yang mengatakan Milah mati terkejut setelah disampuk jin tanah pada waktu Mahgrib dalam kebun getah tersebut.Semuanya menjadi misteri yang sukar disingkap,hanya pokok-pokok getah menjadi saksi.
aku kembali sedar dari lamunan setelah angin kuat tadi membuatkan basikal yang ditunggang hampir jatuh ke tanah.Angin pada malam itu agak kencang,membuatkan aku merasa pelik..Kebiasaannya angin kuat hanya sekejap-sekejap atau pada waktu hujan lebat dan ribut.Tapi malam ini agak berbeza situasinya.
Dalam leka aku memikirkan angin itu AKU terdengar satu suara memanggil-manggil namaku. 

No comments:

Post a Comment