Bermacam-macam perasaan dirasai,nak menjerit,nak menangis,nak terkencing..hanya tuhan yang tahu perasaanya masa itu."fierdaus .fierdaus tolongla saya.."bertalu-talu suara itu memangil seolah-olah meminta simpati darinya.
Badan aku semakin seram sejuk mendengar suara itu.Dia amat kenal akan empunya suara tersebut dan dirasakan seolah-olah suara itu akan datang mencabut nyawaku sebentar lagi.Angin masih menggila,tanpa berlengah-lengah aku memecut basikalnya selaju mungkin,tanpa mengira akar-akar atau tunggul kayu yang akan dilanggar.Dia ingin meninggalkan kawasan kebun getah itu secepat mungkin agar tiada bencana menimpa.
Tiba-tiba basikal meluncur tidak selaju tadi dan semakin perlahan,ini membuatkan aku cemas.aku dapat merasakan basikal semakin berat,seolah-olah menanggung beban lebih dari badannya.Padahal seingatnya,cuma lampu gasolin yang tersangkut di handle basikal,takkanla seberat itu.Peluh jantan aku mengalir mencurah-curah.
aku ketakutan hingga berdiri bulu roma.Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang,"Kenapa menggeletar ni fierdaus?Sejuk ke?"Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan hilai tawa dan satu pautan kemas di belakang bahu kiriku.
aku mahu menjerit namun lidahnya tersa kelu.Dikuatkan semangat yang ada dia menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu benda bertenggek dibelakang.aku tidak dapat mengecam kerana benda itu berwarna putih kekuningan dan wajahnya tidak jelas kelihatan.Dengan segera Aku menepis tangan yang tersangkut dibahuku dan dengan kekuatan yang ada aku mengayuh basikal selaju mungkin.
No comments:
Post a Comment