Wednesday, 7 January 2015

rumah sewa

Aq ad kisah yg agak seram la waktu aq still study kat UITM. Mula2 aq tggal kat rumah teres bdak2 U kt shah alam ( biasa lh rumah orang bujang, rmai skit).. Lama kelamaan, aq rasa rimas bila tggal d stue kerana terlalu ramai org. Kira2 12 @ 13 org. Aq pun xingat sgt.. Aq pun pndh kt satu flat di KL yg bru siap.Harganya pun murah. Lbih kurang 250 ringgit sebulan.. Aq tggal kat sana sorang diri je.. Aq dh twr kpd bbrapa kawn rpt aq tggal skali. Tp dy mnolak sbb jauh ngan U. Malam tu, aq tgk tv sorang2 kat luar. Tiba2 aq trdgr ad org mengetuk pntu rumah aq. Dy mengetuk tak henti2. Aq pun, apa lg. Trus bgun dan membuka pntu. Tetapi anehnya, tiada siapa pun berada di luar. Aq pun menutup pntu dan smbung tgk tv balik. Xsmpai sminit aq duduk,tiba2 ad org mengetuk pintu rmah aq lg. Aq pun rasa pelik lh. Aq bka pntu prlhan2 dan mengintai2 kt luar. TIADA ORANG! Aq pun tutup pntu dan masuk ke blik. Skali lg bunyi ketukan ! Kali ni aq buka pntu laju2 dan melihat siapa yg mgetuk pntu td. Tiba2..."Hah!tau pun takut. kiteorang dtg nie nk temankan ko buat beberapa hari.ko xtkut ke tggal sesorang cm nie?" rupa2nya yg mengetuk pntu td ialah kawan2 aq. Terkejut aq dbuatnye. Aq pun hdangkan mereka mnuman. Kami berborak pnjg mlm tu. Tiba2, kata kata aq trhenti apbila trdgr bunyi ketukan pintu. 2 org kawan aq pun trgamam. "eh,kau ad bwa kawan ke?" kawan A tnya pd kawan b.. Aq pun membuka pntu dan melihat tiada sesiapa. Kawan a aq kata,mgkin jiran aku kot yg ketuk. Aq pun ke rumah sbelah. Aq mengetuk pntu rumahnya. Seorang perempuan yg brumur 40 an keluar. Kami brtanya adakah dy yg mengetuk pntu rumah aku. Tp dy hnya jawab "tak" dan segera menutup pntu. "jd siapa yg mengetuk pntu rmah aku?" tiba2 ketukan pintu rmah aq trdgr lg wlaupun kami sdah berada d luar rumah. Kmi membuka lgkh sribu dan cpat2 turun k bwh. Guard d stu mnhan kami dan bertanya pd kmi yg trmengah2 itu. Kami menceritakan sgalanya. Slpas kami brithu, guard itu pun beritahu kami yg kt tgkat itu aku seorang je yg menyewanya.. Kami trdiam krana trkejut. Guard itu brtnya adakah aq telah azan d apabila pertama kali masuk ke rumah itu? "tak"jwbku perlahan. Guard itu menasihati aq apabila pertama kali masuk ke rumah baru,kita mesti azan. Rupanya ini trjd kerna kesilapan ku. Kami pun naik brsama dan segera azan . Alhamdulillah. Bunyi ketukan misteri itu sudah tiada. Walaupun sdah aman, tp aq ttap brpndah k rumah bapa saudara aq d hulu langat

No comments:

Post a Comment